Showing posts with label anak. Show all posts
Showing posts with label anak. Show all posts

Dah 4 Bulan

Sekejap je rasanya,rupa-rupanya dah 4 bulan dah Qashrina hadir dalam hidup kami,menyerikan kehidupan keluarga kami...

Akalnya semakin hari semakin bijak, ada saje kerenah dan benda baru yang ditonjolkan, sekarang ni kalo 'cak' sahaja dah tersenyum kalo bernasib baik dengan gelak tawanya yang menghiburkan hati ini

Agaknya aper lagi keletah yang akan ditonjolkan...

Duhai puteri Nur Qashrina Adani penyeri and sinar bagi masjid yang kami bina...

Berguling pertama Kalinya

2 minggu lepas Qashrina akhirnya berjaya berguling sendiri walaupun hanya baru 3 bulan setengah...suatu pencapaian yang amat membanggakan bagi kami....

Sekarang ni dah tidak boleh tinggalkan Qashrina begitu saja...terlepas pandang sikit dah meniarap...

Agaknya lepas ni apa lagi benda baru yang dipelajari...

Sedang Membesar

Qashrina dah 3 bulan rupanya...tak sangka sekejap je rasanya...skang ni dah pandai berborak,senyum pun dah lebar..rajin berkerut kening tak apalah yang difikirkan anak daraku ni...Alhamdulillah buat masa ni semuanya ok..

Buat masa ni gambar susah skit nak upload camera punya kabel yang leh sambung kat pc dah takde tgh simpan duit nak beli kamera baru....

Mulai skang blog ni akan menggunakan bahasa melayu sebelum pakai english bukan apa sebab google ads tapi dek kena banned so leh la pakai bahasa melayu..

Ok la buat masa ni..Insyaallah nanti upload gambar

Design by Blogger Templates